Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Antara contoh perpaduan dalam komuniti adalah:
RUMAH TERBUKA (PERAYAAN)
Amalan Berkunjung ,Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim dalam kehidupan mereka.Ini bukti yang paling kuat menunjukan perpaduan di negara amat tinggi.
PENUBUHAN KRT (KAWASAN RUKUN TETANGGA)
Rukun Tetangga merupakan salah satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dinegara kita iaitu Malaysia.KRT ini biasanya ditubuhkan di kawasan kampung dan taman perumahan.