KELAS SENI
ASWARA atau Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan memainkan peranan penting dengan Menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dalam bidang seni, budaya dan warisan
Antara Objektif utama penubuhan ASWARA adalah,
Memperkasakan pengajian seni, budaya dan warisan kepada masyarakat melalui teori dan praktikal ke arah melahirkan ilmuan profesional, karyawan dan penggiat-penggiat seni dalam memenuhi keperluan negara.
KRAFTANGAN
Kraftangan merupakan aset terpenting dalam industri pelancongan dalam negara.
Antara peranan utama kraftangan dalam perpaduan negara adalah,
Dapat mengeratkan silaturahim dan persefahaman antara kaum.
Mengelakkan kraftangan daripada ditelan zaman.
Menarik minat kepada generasi muda dengan seni kraftangan.
Hari perayaan dapat menyatukan lagi perpaduan dan keharmonian antara kaum dengan mempamerkan kraftangan.
PERMAINAN TRADISIONAL
keunikan permainan tradisional Malaysia, meskipun secara asasnya lahir dari sesuatu kaum, namun ia kemudiannya diwarnai dan dimainkan bersama, tanpa mengira bangsa, latar belakang dan usia.
Tambahnya, permainan tradisional juga bukan sahaja dimainkan di semenanjung semata-mata, malah di Sabah dan Sarawak, serta di Wilayah Persekutuan Labuan.
Contohnya, permainan lompat getah, batu seremban, galah panjang, konda-kondi dan congkak misalnya, boleh kata semua pernah melalui saat-saat itu, yang mana tanpa disedari, ia sebenarnya memupuk perpaduan dan merapatkan hubungan sejak kecil lagi.
PROGRAM PERPADUAN
Di Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara adalah berperanan bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Banyak program yang berteraskan perpaduan telah dianjurkan.