MEDIUM FILEM CERMIN PADA PERPADUAN


Konsep Perpaduan menerusi filemKonsep Perpaduan menerusi filem
Sejak dahulu lagi, industri seni tanah air dihiasi dengan filem-filem dari pelbagai genre dan tema. Salah satu daripadanya adalah tema perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Ternyata peranan filem-filem sebegini sangat penting dalam membawa mesej bercorak perpaduan yang mampu menyentuh hati para penonton menerusi kekuatan jalan cerita dan para pelakonnya.


Antara Filem yang menerapkan nilai perpaduan di Malaysia adalah,


Filem "Suatu Ketika" adalah filem terbaru bertemakan perpaduan ditunjukkan menerusi sukan bola sepak yang sememangnya terkenal di Malaysia dan mampu menyatukan semua lapisan masyarakat dari pelbagai bangsa.

Menurut pengarahnya iaitu Prakash Murugiah, tujuan naskhah ini dihasilkan adalah untuk memberi inspirasi dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Selain itu, generasi muda juga boleh menjadikan filem ini sebagai satu sumber inspirasi untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa dalam mengejar impian mereka.

Berlatarbelakangkan tahun 1952, ia berkisar mengenai impian sekumpulan pelajar sekolah dari latar belakang yang berbeza latar belakang berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak.

Biarpun salah seorang daripada mereka mempunyai masalah kesihatan, namun perkara itu tidak mematahkan semangat kesukanannya.

Filem ini dibintangi oleh pelakon tersohor tanah air iaitu Namron dan Pekin Ibrahim serta barisan pelakon kanak-kanak yang cukup berbakat besar.


"Adiwiraku" adalah sebuah naskhah arahan Eric Ong yang dikupas dari kisah benar mengenai seorang guru Bahasa Inggeris yang sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anak muridnya berjaya.

Menariknya, hampir 90 peratus pelakon dalam filem ini menggunakan pelajar sebenar Sekolah Menengah Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah yang merupakan pelajar asal yang terlibat dalam pertandingan Choral Speaking peringkat negeri.

Tidak hairanlah filem yang menyentuh hati ini berjaya memenangi tiga buah kategori termasuk Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-29 pada tahun 2017.

Pelakon utamanya Sangeeta Krishnasamy, yang memegang utama sebagai watak cikgu Cheryl Ann Fernando, juga tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 yang berlangsung pada April.

Dalam perkembangan terbaru, Sangeeta bakal bekerja di sebalik tabir dalam menerbitkan sekuel "Adiwiraku 2". Menurutnya, ia bukanlah sambungan kepada filem pertama tetapi sebuah jalan cerita yang baru mengenai kisah seorang guru sukan.
Filem drama sukan bola sepak arahan Chiu Keng Guan ini membawa penonton mengimbau kembali zaman kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan yang berjaya menyertai Sukan Olimpik Moscow 1980.

Oleh sebab filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton, kejayaannya telah membawa ke sebuah pementasan teater berjudul "Ola Bola The Musical" di bawah arahan Puan Sri Tiara Jacquelina pada 8 Februari hingga 11 Mac 2018.

Pementasan teater itu turut disambung pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 dengan tambahan barisan pelakon baru seperti Iedil Putra, Hafeez Mikail, Tony Eusoff, Douglas Lim dan Nabila Huda.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, syarikat produksi Enfiniti Malaysia Sdn Bhd telah mengadakan siri jelajah "Ola Bola Merdeka Tour" ke empat buah negeri di seluruh negara.

Objektif siri jelajah tersebut adalah bagi mengingatkan rakyat Malaysia tentang keharmonian, perpaduan dan penyatuan rakyat serta meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan lebih meriah.

Tarikh tayangan: 28 Januari 2016


 Pengarah Mamat Khalid tampil dengan sebuah naskhah unik pertama yang diterbitkan di bawah syarikat produksinya sendiri, Naga VXS Sdn Bhd, yang diinspirasikan dari filem-filem Tamil.


Filem ini menggandingkan pelakon seperti Datuk Farid Kamil, Shashi Tharan, Datuk Rosyam Nor, Jasmine Michael, Soffi Jikan, Gandii Nathen, Kamarul, Mohan dan Kenchana Devi serta penyanyi Alleycats, Dato' David Arumugam.

Berkonsepkan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, filem ini turut menyelitkan elemen lain seperti cinta, komedi dan tragedi. Namun, apa yang ingin disampaikan oleh pengarah adalah keakraban rakyat yang berbilang bangsa di negara ini.

Namun begitu, Mamat Khalid agak kecewa apabila filem ini gagal mendapat kutipan pecah panggung selepas tempoh tayangannya, menyebabkan pengarah itu merasakan ia suatu cabaran besar untuk terus menghasilkan filem bercorak perpaduan.

Tarikh tayangan: 4 November 2010

Cinema Online, 14 Sept 2019


Kredit Kepada:

 https://www.cinema.com.my/