Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah fungsi utama dalam perpaduan di negara kita Malaysia.Antara contoh bagaimana sektor pendidikan dapat mengekalkan perpaduan di negara kita adalah,
PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
Penndidikan tidak formal adalah pendidikan yang mudah serta menyeronokkan. Antara contoh penerapan pendidikan tidak formal ini adalah yang melibatkan aktiviti-aktiviti berkaitan perpaduan seperti peraduan, karnival, kempen, ataupun melalui siaran radio dan televisyen.
PROGRAM MOTIVASI
Program yang bertujuan untuk menginspirasikan perpaduan kepada masyarakat. Program ini diadakan terutamanya setiap kali bulan kemerdekaan. Bagaimanapun, bila-bila sahaja program ini boleh dilaksanakan.
CERAMAH
Penyampaian melalui ceramah. Ceramah tersebut boleh mengandungi unsur perpaduan agar para pendengar boleh menghayati fokus utama ceramah tersebut.
KURSUS MOTIVASI
Kursus yg menekankan latihan yang spesifik dalam menekankan motivasi dalam aspek perpaduan dan kepimpinan.