PENERIMAAN NORMA BAHARU

 

Pandemik COVID19 ( PERPADUAN DALAM NORMA BARU )



Dalam keadaan negara kita dilanda acaman COVID-19 ini, Perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin kuat.Ini dapat dilihat apabila semua lapisan masyarakat bersatu bagi melawan ancaman pendamik ini.Semua bangsa bersatu dalam menjaga satu sama lain dan dalam pegangan dan kepercayaan agama masing-masing sama-sama berdoa semoga pendemik ini berakhir.

Saya amat tertarik pada satu artikel yang bertajuk "Pandemik COVID-19 rahmat kepada  perpaduan negara"
artikel dari BERNAMA.
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1841359

Antara ulasan artikel tersebut:

KUALA LUMPUR, 13 Mei -- Situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini dilihat sebagai satu rahmat yang membantu memantapkan lagi konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Penasihat Sekretariat Rukun Negara Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Sarjit Singh Gill berkata berbanding sebelum berlakunya pandemik itu, masyarakat kini mulai sedar mereka perlu hidup bersama, saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.

“Sebelum COVID-19, kita lihat banyak perdebatan, konflik, dan juga persaingan, memang ada juga kerjasama tapi agak terbatas. Tetapi semasa COVID-19, kita melihat kerjasama sesama masyarakat semakin tinggi, konflik seolah-olah sudah tiada, konflik dalam masyarakat melibatkan perkauman sudah tidak kelihatan sekarang.